Pages

Tuesday, April 3, 2018

[BENTONG] LESAP RM16,300



Macau Scam




Seorang wanita kehilangan wang tunai RM16,300 selepas tertipu dengan muslihat Macau Scam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berusia lingkungan 50-an berasal dari Kampung Jambu Rias, Karak itu diperdaya suspek yang baharu dikenalinya menerusi Facebook, Januari lalu.

Menurutnya, suspek sebelum itu berbalas pesanan ringkas di Facebook menggunakan nama akaun Ismail Haman untuk menghantar bungkusan wang tunai berjumlah AS$800,000.

“Mangsa mengikut segala arahan untuk membayar wang pelepasan sebanyak RM3,800 sekiranya ingin menerima wang tersebut secara tunai.

“Suspek yakin mangsa dengan menghantar slip daripada syarikat itu sebagai bukti bungkusan seperti yang dinyatakan itu memang wujud,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Mohd Wazir berkata, Khamis lalu, seorang lagi suspek yang menyamar sebagai ejen penghantaran barang dengan nama Nordin menghubungi mangsa dan menyuruhnya membayar sejumlah lagi wang dalam jumlah sama.

“Mangsa segera ke Bank Hong Leong Bentong dan memasukkan RM3,800 atas nama Saabariah Ahmad melalui mesin deposit tunai sebagai bayaran perlepasan Jabatan Kastam.

“Masalah penghantaran wang masih belum selesai apabila kononnya nilai wang terlalu besar dan dikenakan cukai sebanyak RM192,000, namun mereka telah membantu mangsa menyelesaikan RM80,000.

“Kononnya Jabatan Kastam telah membuat scan dan terdapat wang tunai yang banyak dalam bungkusan tersebut maka perlu membayar lagi sebanyak RM12,500 dan pada hari yang sama mangsa telah membuat transaksi ke dalam akaun sama hingga jumlah keseluruhan yang sudah dibayar adalah sebanyak RM16,300,” katanya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor