Exco Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan negeri, Dato' Sri Shahiruddin Ab Moin berkata, kerajaan negeri bekerjasama dengan pelbagai pihak akan melakukan jelajah Jualan Sentuhan Rakyat setiap kampung dan mukim di daerah ini.
“Nak kata kita bergerak sebab pilihan raya, tidak...sebab kita dah bergerak tiga tahun lepas.
“Kita tak kerja ikut musim pilihan raya tapi kita turun untuk membawa informasi kepada rakyat dan menawarkan keperluan rakyat yang lebih murah berbanding di tempat lain.
“Kita juga akan bekerjasama dengan KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan) buat jualan bergerak ke desa-desa dan program yang pertama kali diadakan di sini nampaknya mendapat sambutan masyarakat sentempat,”katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media dalam Program Le Tour Team Shah di Kampung Pawah Kulat di sini semalam.
Sementara itu, seorang penduduk, Khamis Mamang, 67, dari Kampung Pamah Kulat berkata, program seperti ini dapat meringankan bebannya sekeluarga.
“Ada harga barang serendah RM1 sahaja. Kalau kita beli banyak memang sangat untung lebih-lebih lagi untuk yang ramai anak, sebab tu boleh berjimat dalam keadaan harga barang semua naik,”katanya.
Justeru, Khamis berharap program seperti itu dapat diteruskan dan diadakan disetiap kampung di daerah ini dengan lebih kerap lagi pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor