Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) menyifatkan manifesto PRU14 Pakatan Harapan (Harapan) sekadar gimik politik pembangkang untuk memancing undi.
Presidennya, Tan Sri Dr Abdul Aziz Rahman berkata, pembangkang tidak pernah memerintah negara jadi mereka tidak tahu untuk membentuk manifesto yang ‘sustainable’ dan berterusan sebagai dasar pemerintahan mereka.
Menurutnya, pembangkang hanya memerintah beberapa negeri namun sering timbul masalah sebabnya manifesto pembangkang dahulu tidak diterjemahkan sebagai sumbangan untuk membela nasib rakyat.
“BN sudah lama memerintah dan manifesto yang ditawarkan juga realistik dan mampu dicapai untuk kesejahteraan rakyat.
“Malah setiap manifesto BN, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sendiri audit untuk melihat sejauh mana pencapaiannya. Tengok peratusan dicapai. Setiap idea dan dasar manifesto itu tercapai atau tidak, macam kad laporanlah, semak setiap pencapaian manifesto dibuat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Mubarak Cawangan Pahang Kali Ke-16 di Bukit Gambang Resort City di sini.
Majlis dirasmikan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato' Sri Ismail Abdul Muttalib.
Abdul Aziz yang juga Yang Dipertua Mubarak Pahang berkata, bagi beliau, manifesto Harapan yang tidak pernah merintah sekadar cerita dongeng untuk pancing undi.
“Orang sekarang dah bijak..pandai menilai manifesto itu realistik atau tidak? Dapat diterjemah sebagai dasar atau sebaliknya. Kalau gimik politik sahaja,tak lama,’katanya.
Sementara itu, Ismail yang juga Ahli Parlimen Maran senada pendapat apabila beliau hanya melihat manifesto dilancarkan Harapan hanya untuk kepentingan politik pembangkang bagi menarik undi PRU14 sahaja.
Menurutnya, bagi pembangkang, mereka sanggup buat apa saja demi kepentingan politik.
Beliau turut mempersoalkan tawaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Peerja (KWSP) kepada surirumah seperti yang dijanjikan dalam manifesto itu.
“Dari mana sumber kewangan mereka untuk melaksanakan janji itu kerana caruman KWSP melalui majikan dan sebahagian daripada pekerja sendiri.
“Bagaimana mereka hendak bayar dan perkara ini perlu dijelaskan,”katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor