Karnival Anak Muda Indera Mahkota 2018 anjuran Pemuda BN Indera Mahkota yang berlangsung hari ini, bukan sahaja padat dengan pelbagai acara menarik, malah hadiah lumayan berjumlah RM70,000 menanti pengunjung.
Diadakan di Pantai Batu Hitam bermula seawal jam 8 pagi hingga 6 petang.
Ketua Pemuda BN Indera Mahkota, Muhammad Faiz Hashim berkata, karnival itu bertujuan mendekati dan merapatkan hubungan anak muda di kawasan Indera Mahkota.
“Pelbagai acara menarik diadakan sepanjang karnival seperti temu duga kerja secara terbuka oleh Indera Mahkota Job Opportunity, pertandingan perlumbaan motosikal paling perlahan dan pertandingan motosikal cantik.
“Selain itu, golongan wanita pula pastinya tidak boleh melepaskan peluang untuk berzumba dan menyaksikan persembahan tarian pelbagai kaum,” katanya.
Menurutnya, karnival sehari itu turut dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah melibatkan hadiah keseluruhannya berjumlah kira-kira RM70,000.
“Antara hadiah yang bakal menanti anak muda adalah sebuah kereta Perodua Axia sebagai hadiah utamanya, motosikal dan basikal.
“Hadiah lain adalah pakej percutian ke luar negara, telefon bimbit dan pelbagai barangan elektrik,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor