Pages

Sunday, March 18, 2018

[KUANTAN] BEKAS KETUA KAMPUNG TERLANTAR



Bekas ketua kampung terlantar




Tekanan darah tinggi menyebabkan seorang pesara Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) kini hanya terlantar selepas diserang angin ahmar pada badan kirinya, sejak setahun lalu.

Keperluan harian termasuk makan minum Abdul Rani Awang, 71, yang pernah menjadi Ketua Kampung Tengah sejak 1995 hingga 2002, kini diuruskan isterinya, Noraini Ibrahim, 67.

Kesanggupan Noraini menjaga insan sangat disayangi itu dapat dilihat meskipun dia sendiri menghidap masalah paru-paru dan kencing manis serta perlu melakukan pemeriksaan berkala setiap bulan.

Noraini berkata, ketika awal diserang angin ahmar, pertuturan suaminya tidak jelas dan tidak mampu mengingati banyak perkara.

Menurut ibu kepada enam anak itu, kehidupan mereka sekeluarga bergantung wang pencen suaminya, selain bantuan daripada anak-anak.

“Sejak beberapa bulan lalu, kesihatan suami sangat kritikal. Dia langsung tidak boleh bergerak, hanya bergantung kepada ubat-ubatan dan hanya minum susu dengan menggunakan tiub.

“Kini syukur suami sudah boleh duduk dalam beberapa minit setelah rawatan secara urutan dilakukan terhadapnya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tengah, di sini, semalam ketika menerima kunjungan Timbalan Ketua Umno Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mazlan Mat Rashid yang menyampaikan sumbangan katil.

Pada kunjungan itu, juga, Abdul Rani turut menerima sumbangan kerusi roda disampaikan menerusi NGO My Prihatin yang diwakilkan kepada Mazlan.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor