Pages

Friday, March 2, 2018

JANGAN 'SIMPAN' ANAK AUSTISME



Jangan ‘simpan’ anak autisme



Shah Alam - Ibu bapa mempunyai anak penghidap autisme disarankan supaya tidak ‘menyimpan’ atau cuba menyembunyikan anak menghidap sindrom tersebut tanpa membawa mereka ke saluran sepatutnya.

Pengerusi Persatuan Autisme Muslim Malaysia (Autisme Malaysia), Zamri Tembol berkata, sebaliknya penjaga mahupun ahli keluarga mempunyai anak istimewa, perlu menyusun strategi untuk memberikan pendedahan berkaitan kepada mereka.

“Selain pendidikan, pendedahan kepada sosial anak autisme itu penting, kerana itulah peluang mereka bersosial dengan orang luar. Jika kita hadkan, peluang pembelajaran untuk mereka akan jadi sangat terhad.

“Cumanya kita perlu letakkan kawalan untuk dia belajar. Disebabkan lain anak autisme, lain pendekatannya, ibu bapa perlu kenal pasti sendiri macam mana nak dedahkan anak tersebut dalam keadaan kondusif untuk mudahkan dia dan kita ibu bapa sendiri (kemudian hari),” katanya semasa ditemu bual dalam FB Live Sinar Harian, semalam.

Turut serta dalam perkongsian bicara itu, anak istimewanya yang juga autistik, Hariz Zamri, 17.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor