Pages

Monday, March 19, 2018

[BENTONG] MASYARAKAT KURANG SERTAI GOTONG-ROYONG CEGAH DENGGI



Masyarakat kurang sertai gotong-royong cegah denggi



Penganjuran aktiviti gotong-royong bersama masyarakat bagi mencegah denggi masih kurang mendapat sambutan.

Pengerusi Komuniti Combi Negeri Pahang, Md Zulkifle Md Yunus berkata, kesedaran terhadap denggi rendah walaupun setiap zon pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) di daerah ini menganjurkan program pencegahan denggi bersama Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (Combi).

“Tanggungjawab menghapuskan nyamuk aedes ini bukan hanya di bahu kementerian dan PBT, malah penduduk perlu memastikan kediaman dan persekitaran mereka sentiasa bersih.

“Kebanyakan kawasan lapang yang dikhuatiri menjadi pusat pembiakan aedes hampir kediaman penduduk atau tempat tumpuan awam dan usaha perlu digerakkan bagi membersihkan kawasan berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada program Gotong royong di Klinik Kesihatan Lurah Bilut, kelmarin.

Kira 200 penduduk menghadiri gotong-royong anjuran Penal Penasihat Klinik Kesihatan Daerah Bentong dengan kerjasama NGO serta Klinik Kesihatan Lurah Bilut dan pihak pengurusan Felda.

Md Zulkifle yang juga Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Daerah Bentong berkata, program itu antara cara mendidik penduduk membasmi wabak denggi.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor