Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed mempersoalkan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan sekalipun masih terpenjara.
Menurutnya, sebarang bentuk komunikasi yang dikeluarkan seorang banduan adalah dikawal dan perlu mendapat kebenaran ketua pengarah Jabatan Penjara.
“Sejak akhir-akhir ini, saya melihat banyak kenyataan dikeluarkan Datuk Seri Anwar dan saya tertanya adakah kenyataan itu benar dikeluarkan beliau,” kata Jazlan selepas menyempurnakan Majlis Ulang Tahun Persatuan Kebajikan Anak Minangkabau negeri Johor kali ke-7 di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, di Johor Bahru, Jumaat.
Sebelum ini, antara kenyataan yang didakwa dikeluarkan Anwar termasuk PKR bersetuju secara prinsip dengan cadangan Pakatan Harapan (PH) menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri.
“Adakah benar beliau memberi kenyataan mengenakan tiga syarat untuk Dr Mahathir menjadi calon perdana menteri.
“Kalau ada orang tengah yang membawa mesej daripada Anwar yang tidak diluluskan Jabatan Penjara, ia merupakan satu kesalahan yang boleh memberikan impak kepada tempoh tahanannya,” kata Ahli Parlimen Pulai itu.

No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor