Pages

Tuesday, January 16, 2018

20,000 PENERIMA PELAJAR SEKOLAH PAHANG TERIMA BANTUAN


20,000 penerima pelajar sekolah Pahang terima bantuan


Kira-kira 20,000 murid dan pelajar sekolah di seluruh negeri ini telah menerima bantuan persekolahan yang memperuntukkan sebanyak RM4 juta pada tahun ini

Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob berkata, bantuan kepada keluarga yang kurang berkemampuan berkenaan diberikan secara tunai RM200 seorang bermula awal Disember tahun lalu.

"Bantuan ini menunjukkan komitmen kerajaan negeri bagi membantu meringankan beban keluarga yang memerlukam dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak.

"Jadi kita berharap semua penerima dapat memanfaatkan bantuan ini dengan sebaik mungkin untuk pendidikan dan masa depan anak-anak.

"Seramai 1,000 murid dan pelajar sekolah yang terpilih di Dun Pelangai menerima bantuan wang tunai berjumlah RM200 semalam," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Bantuan Anak Pahang Dun Pelangai di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul di sini semalam.

Turut hadir sama, Timbalan Speaker Dun Pahang, Dato' Sri Mohamad Jaafar.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor