Kudrat Abdul Rahman pada usia 78 tahun mampu menyongsong ombak.
Memiliki tubuh yang kecil pada usia lebih separuh abad, siapa sangka warga emas ini masih mampu mengemudi bot meredah ombak bagi mencari hasil laut.
Berpindah dari Kuala Rompin ke Kota Tinggi mengikut kedua ibu bapanya berikutan perang Jepun, pelbagai kesukaran ditempuhi sebelum sampai ke destinasi
Mula menjadi nelayan selepas tamat persekolahan di Sedili, Johor, sekitar 1958, Abdul Rahman Ngah, 78, bagaikan sudah tidak boleh berpisah dengan kerjanya ini.
Setelah 12 tahun menetap di Sedili dan sempat menimba pengalaman sebagai nelayan selama dua tahun, dia kemudian pulang semula ke kampung halamannya pada 1960.
Bagaimanapun, apabila kembali semula ke Kuala Rompin dia tidak bekerja sebagai nelayan sebaliknya makan gaji dengan syarikat perlombongan Rompin.Co selama 12 tahun.
“Selepas syarikat perlombongan itu tutup, saya kembali jadi nelayan pantai sepenuh masa hingga sekarang.
Abdul Rahman meniti jambatan kayu di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Bandar Lama Kuala Rompin yang dilaluinya setiap hari ketika pergi dan pulang dari laut.
“Walaupun umur dah lanjut tapi tiada masalah jadi nelayan pantai. Mata pun masih nampak dan badan masih kuat,” katanya yang tinggal di Sungai Puteri, di sini.
Namun, kekuatan yang tidak seperti dulu dan sesuai dengan usianya kini, jadi pukat yang digunakan tidak panjang kerana perlukan tenaga kuat untuk menariknya.
“Nelayan yang sebaya dengan saya kebanyakannya dah tak ke laut, mereka berehat sahaja sekarang.
“Anak-anak pun marah dan suruh saya berehat. Tapi nak buat macam mana, sehari tak kena air masin jadi sakit badan,” katanya yang kematian isterinya Mac lalu.
Masih kuat biarpun usia menjangkau 80 tahun, itulah kudrat yang dikurniakan ALLAH kepada Abdul Rahman yang masih mampu turun dan naik tangga di tempat botnya diletakkan.
Mengakui aktiviti mencari hasil laut itu sudah menjadi ibarat hobi baginya, kadang-kadang walaupun tahu tiada hasil beliau tetap pergi ke laut untuk memenuhi masa.
Katanya, tiada apa yang boleh menghalangnya untuk ke laut melainkan jika badan sudah tiada daya.
“Bangun tidur saya ingat nak ke laut, kalau ombak kuat di laut saya akan main di sungai.
“Ini bukan soal duit kerana duit ada pun saya tetap pergi, mungkin usia dan kudrat dah tiada nanti... baru saya berhenti,” katanya.
Abdul Rahman berkata, kitaran harian hidupnya adalah keluar ke laut jam 7 pagi dan balik dalam jam 9 pagi.
“Kalau ada ikan saya akan hantar ke pasar, kalau tiada saya balik,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor