Kuala Lumpur: Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan mengumumkan pembatalan pelaksanaan sistem Pemantauan Manasik Bersepadu IMAMS.
Menurut Ketua Setiusahanya, Datuk Rashidi Hasbullah, pembatalan itu selepas mengambil kira aduan orang ramai dan pihak berkaitan dengan industri.
Semalam, Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengumumkan kesemua 65 agensi pelancongan berstatus muassasah di negara ini yang mempunyai Lesen Khas Umrah (LKU) diwajibkan menggunakan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) bagi permohonan visa umrah
IMAMS yang merupakan akses rasmi tunggal permohonan visa umrah untuk diproses Kedutaan Arab Saudi di Malaysia diperkenalkan bagi menutup ruang penipuan pakej umrah di negara ini.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor