Bota - Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai cuba mengganggu seorang janda berusia 52 tahun dengan menghantar bahan berunsur lucah di kediaman wanita itu di Kampung Bakong, Lambor Kiri, di sini, Jumaat lalu.
Lelaki berusia 32 tahun itu dikatakan menghantar surat dan CD lucah dalam satu bungkusan sampul berwarna putih yang diselitkan di pintu utama rumah wanita terbabit.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, kejadian itu disedari wanita terbabit sekitar jam 7.15 pagi
Ketika dia membuka pintu rumahnya dan menemui bungkusan sampul berwarna putih yang diselit di bawah pintu.
Menurutnya, hasil siasatan, lelaki beralamat dari kampung yang sama itu melakukan perbuatan berkenaan bagi mengumpan wanita terbabit melakukan hubungan seks.
"Dalam surat yang dihantar itu juga, lelaki terbabit memberitahu mahu datang ke rumah wanita itu pada jam 12 malam selain meletakkan CD lucah berkenaan.
"Ini kejadian pertama berlaku selepas wanita terbabit tinggal seorang diri di rumah berkenaan sejak tiga tahun lepas," katanya.
Beliau berkata, hasil laporan dibuat, polis berjaya menjejaki lelaki terbabit dan ujian urin yang dijalankan mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine
"Kita akan menjalankan siasatan lanjut dalam kes ini mengikut Seksyen 294 kanun keseksaan," katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor