Sejarah kembali berulang apabila selepas 33 tahun, Masjid Felda Jengka 2 akhirnya kembali menjayakan majlis berkhatan beramai-ramai.
Majlis bersejarah ini melibatkan seramai 40 orang anak-anak generasi ketiga Felda Jengka 2 dan dirasmikan oleh Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang yang juga Adun Kuala Sentul, Dato' Shahaniza Shamsuddin.
Majlis ini diadakan secara usaha sama di antara pengurusan Masjid Felda Jengka 2 dan Pejabat Felda Jengka 2 yang diketuai oleh Pengerusinya Rameli Hussin, Timbalan Pengerusi Masjid, Roslan Tan dan Setiausaha Masjid, Hamdan Mohd Sani. serta Ketua Kampung Mohamed Sabri Yasin.
Majlis yang dimulakan pada jam 8 pagi dengan bacaan doa dan berjalan sambil berselawat dari Pejabat Felda Jengka 2 ke Masjid Jengka 2.
Tiba di perkarangan masjid, para peserta berkhatan telah dibasahi oleh pancuran air dari Pasukan Bomba Bandar Jengka.
Shahaniza juga turut bersama menjirus para peserta sebagai tanda perasmian majlis yang tamat sekitar 12.30 tengah hari itu.
Beliau amat berharap majlis ini dapat diadakan setiap tahun dan dijadikan majlis tahunan untuk Jengka 2.
Bapa peserta khatan, Jasni Rameli pula berkata, mereka berbangga kerana majlis seperti ini diadakan semula dan ia menggamit kenangan semasa beliau berkhatan dahulu.
Menurut beliau majlis ini juga telah berjaya merapatkan penduduk dengan pemimpin setempat dan penduduk generasi pertama dengan penduduk generasi kedua dan ketiga.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor