Pages

Thursday, December 14, 2017

[KUANTAN] JANGAN PANDANG RINGAN DENGAN DAP


Jangan pandang ringan dengan DAP


Orang Melayu tidak boleh memandang ringan dengan DAP biarpun penasihatnya, Lim Kit Siang berkali-kali menyatakan tidak berminat menjadi Perdana Menteri di negara ini.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, strategi Kit Siang menggunakan orang Melayu untuk memecahbelahkan kaum ini dengan menggunakan Pengerusi Pakatan Harapan,Tun Dr Mahathir Mohammad.

Menurutnya, sebelum ini beliau (Kit Siang) menggunakan Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin veteran DAP itu akan menggunakan pelbagai muslihat untuk meraih undi orang Melayu.

"Nyata dan jelas DAP memecahbelahkan Melayu. Dulu ada Pas, PKR kini ada Peribumi, menggunakan Mahathir namun dia nak bertanding di mana? Beliau pun bukan ahli Parlimen tak mungkin menjadi Perdana Menteri.

"Walau apa pun untuk apa yang diperoleh untuk pastikan Melayu berpecah, DAP mempunyai kerusi yang terbanyak dan akhirnya pasti Kit Siang meminta menjadi Perdana Menteri.

"Ini seperti yang diperkatakan oleh bekas pemimpin kontroversi DAP, Hew Kuan Yau, DAP hanya memperalatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya di sini dalam sidang media di sini semalam.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor