Pages

Friday, December 22, 2017

[KUANTAN] HANYA TIGA KES DIKESAN DALAM OPERASI


Hanya tiga kes dikesan dalam operasi


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengesan dua kesalahan dilakukan syarikat bas hasil operasi bersepadu dijalankan di Terminal Sentral Kuantan (TSK) di sini, pagi semalam.

Antara kesalahan dikesan termasuk gagal mempamerkan jadual tambang dan gagal menyediakan perkhidmatan di mana bas yang sepatutnya melakukan perjalanan pada masa ditetapkan tiada di terminal.

Operasi yang dijalankan jam 9 pagi itu melibatkan tujuh pegawai dan 36 anggota dari SPAD, polis trafik, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Ketua Jabatan Penguatkuasaan SPAD, Mejar Jeneral (B) Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, secara keseluruhannya, SPAD berpuas hati dengan aspek pematuhan peraturan dalam kalangan pemandu bas.

Menurutnya, selain dua kes dikesan pihak SPAD, polis hanya mengesan seorang pemandu bas memiliki rekod kesalahan lampau atas kesalahan memandu laju dan tiada kes pemandu positif dadah dikesan.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor