Pages

Saturday, December 23, 2017

[KUANTAN] DIPENJARA TIPU TENDER MAKANAN


Peniaga cendol dipenjara tipu tender makanan


Seorang peniaga cendol hari ini dihukum penjara 18 tahun dan denda RM16,000 selepas mengaku bersalah atas 21 tuduhan menipu tender pembekalan makanan sejak Ogos hingga 14 Disember lalu.

Mahani Mohamed, 44, dari Sungai Ular di sini yang didakwa menipu 15 peniaga dituduh di dua mahkamah berasingan di depan Majistret Noordiana Abd. Aziz dan Nurul Naim Abdullah.

Manakala suaminya, R. Shukri Raja Amat, 37 yang berdepan tiga tuduhan sama mengaku tidak bersama.

Rakan mereka Hasnah Ngah, 49 yang turut dituduh atas sembilan tuduhan serupa juga mengaku tidak bersalah.

Semua tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan membawa hukuman tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dengan sebatan serta denda.

Majistret menetapkan jaminan RM15,000 terhadap R Shukri manakala Hasnah RM39,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 24 Januari depan untuk sebutan semula kes untuk dua tertuduh itu.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor