Pages

Wednesday, December 13, 2017

[KUANTAN] "ALLAH AMBIL NYAWA AHLI KELUARGAKU DALAM MASA SINGKAT"


"ALLAH ambil nyawa ahli keluargaku dalam masa singkat"


"ALLAH ambil nyawa empat anggota keluargaku dalam tempoh yang sangat singkat..."

Itu status terkini laman sosial Facebook milik Muhammad Haris Ismail, selepas bapanya meninggal dunia pada 1.40 pagi semalam, setelah terbabit dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Jalan Kuala Kangsar-Gerik, Ahad lalu.

Ismail, 53, disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Taiping, Perak hari ini, manakala tiga anaknya iaitu pasangan kembar Muhammad Hanif dan Nur Ain Hanifah, 8, dan Nur Ain Hafizah, 22, maut di tempat kejadian.

Kemalangan juga menyebabkan isteri Ismail, Zarina Yong, 44, dan seorang lagi anaknya Nur Ain Harizah, 13, cedera. 

Dalam status itu, Muhammad Haris juga menyifatkan ayahnya sebagai seorang yang sentiasa mengingatkan mereka mengenai kewajipan solat dan berharap urusan anggota keluarganya dipermudahkan serta ditempatkan dalam kalangan orang soleh.

“Abah orang yang baik...Abah orang yang paling kuat tekankan kami bab solat...Walaupun aku dah besar panjang, abah tetap tidak jemu-jemu berpesan supaya jangan tinggalkan solat.

"Abah sudah terlepas tanggungjawab...sekarang tinggal aku dan abang yang akan jaga satu-satunya adik yang tinggal dan ibu," katanya.

Muhammad Haris menambah sebagai orang yang beriman, beliau reda dengan ketentuan Allah, namun 'hati dan tangisan tidak boleh ditipu'.

Pada 11 pagi Ahad lalu, tiga adiknya itu maut selepas kereta yang dinaiki mereka antara tiga kenderaan yang dilanggar sebuah lori yang dipercayai mempunyai masalah brek.

Semasa itu, semua kenderaan itu berhenti di lampu isyarat simpang empat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor