Dalam diam-diam, kerajaan DAP negeri sebenarnya telah menekan rakyat negeri dalam isu kenaikan harga rumah melampau di Pulau Pinang.
Kenaikan mendadak ini jauh lebih tinggi jika di bandingkan semasa pemerintahan BN sebelum tahun 2008. Di antara kenaikannya seperti yang tertera di dalam jadual di bawah:
1. Caj saliran meningkat dari RM10,000 satu ekar kepada RM50,000 setiap ekar.
2. Caj tempat letak kereta dari RM15,000 setiap bay kepada RM25,000 setiap bay.
3. Caj kemudahan komuniti RM25 setiap kaki persegi hingga RM500 setiap persegi.
4. Caj perumahan kos rendah sebanyak RM120,000 untuk pemaju Pulau Pinang atau RM150,000 untuk pemaju bukan Pulau Pinang.
5. Caj untuk kindergarten sebanyak RM500 per kaki persegi. Tiada caj ini sebelum tahun 2008.
Kenaikan caj-caj yang melampau ini sudah pasti akan terpaksa ditanggung oleh rakyat bukannya pemaju perumahan. Pemaju mahukan keuntungan sebanyak yang mungkin. Memang patutlah DAP digelar Developer Action Party kerana lebih berpihak kepada pemaju.
Jadual-jadual di atas didedahkan oleh YB Muhamad Farid Saad . Beliau juga menulis,
Saya paparkan maklumat berikut untuk membuktikan bahawa antara sebab mengapa harga rumah di Pulau Pinang mahal adalah kerana 'charges' atau kenaan yang perlu dibayar oleh pemaju kepada kerajaan negeri, yang kemudiannya dikenakan oleh pemaju keatas pembeli yang membeli rumah.
Kenaan/Charges ini akan menyebabkan kenaikan kos dalam lingkungan RM 120.00/kaki persegi bg setiap rumah.
(Ruj : text ucapan DUN Nov 2017)
Realitinya, kerajaan DAP negeri hanya pandai menekan rakyat dengan pelbagai caj dan juga menjual tanah rakyat. Walau pun Guan Eng menafikannya tetapi kita semua sedia maklum bahawa,
Jabatan Audit Negara mendedahkan bahawa penyumbang utama hasil kerajaan negeri terdiri daripada hasil cukai yang berkaitan dengan tanah seperti Premium Tanah-Pemberian Milik Bayaran Khas, Cukai Tanah, Premium Tanah-Tukar Syarat dan Premium Tanah-Pemberian Hak Milik.
Malah, hasil cukai daripada 'Pelbagai Terimaan dari Lain Agensi Kerajaan' pada tahun 2016 juga berkaitan dengan tanah iaitu penjualan tanah di Daerah Seberang Perai Selatan bernilai RM187.59 juta.
Kononnya kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang hanya menjual 106.1 ekar tanah sahaja sejak 2008 hingga sekarang dan memperolehi pulangan lebih besar untuk penjualan tanah-tanah berbanding dengan Kerajaan BN sebelum ini. Kononnya, sejak awal tahun 90-an hingga 2008, kerajaan negeri pimpinan BN telah menjual 3,661 ekar berjumlah RM1.0586 bilion, manakala kerajaan DAP negeri dari 2008 hanya menjual sejumlah 106 acres untuk RM1.1102 bilion.
Ada 2 perkara yang cuba diputar belitkan oleh kerajaan DAP:
a. Menjual tanah sedia ada untuk pembangunan TIDAK SAMA dengan memberi hak menebus guna laut.
Perkara ini dinyatakan oleh Datuk Seri Zainal Abidin, Pengerusi UMNO Pulau Pinang. Beliau menjelaskan bahawa Lim Guan Eng terus menyembunyikan fakta sebenar dari pengetahuan rakyat. Yang perlu kita tahu ialah kerajaan Negeri BN terdahulu hanya memberikan hak menebus guna laut.
i Projek Tambakan Seri Tanjung Pinang (STP) di Tanjong Tokong
ii Jelutong Expressway kepada IJM
iii Pesisir Bagan Ajam kepada Kumpulan Rayston.
b. Pulangan untuk projek tebus guna laut yang diluluskan oleh Kerajaan BN sebelum ini bukan dalam bentuk tunai sahaja.
Projek tambakan laut Seri Tanjung Pinang (STP), Jelutong Expressway turut melibatkan pembinaan Rumah Kos Rendah, Rumah Kos Sederhana Rendah dan Lebuhraya.
Penambakan laut di Bagan Ajam akan menyediakan tanah untuk projek pembesaran Northern Butterworth Container Terminal.
Malah jika rujuk kepada infografik di bawah, kerajaan DAP ternyata telah berbohong tentang keluasan tanah yang telah diluluskan oleh mereka:
Kesimpulannya, PRU14 ini adalah masa yang terbaik untuk rakyat Pulau Pinang menolak parti DAP dan memperbetulkan segala kerosakan yang telah dilakukan oleh regim tersebut. Mereka telah diberi 2 penggal untuk membuktikan sama ada mereka mampu mentadbir atau tidak. DAP memang tidak mampu malah menjahanamkan negeri ini.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor