Kubang Pasu -- Biarpun pendirian Malaysia menolak sekeras-kerasnya keputusan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel akan memberikan kesan sedikit sebanyak tehadap ekonomi negara, namun Malaysia tidak gentar dalam usaha memperjuangkan hak umat Islam di Palestin.
Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Othman Aziz berkata kerajaan bersikap tegas dalam pendirian demi menyelamatkan Baitulmuqaddis daripada dikuasai Israel kerana ia adalah tempat suci ketiga umat Islam.
"Malaysia berdagang dengan pelbagai negara seperti Jepun, China, Eropah, dan negara-negara Asia yang lain, bukan hanya dengan Amerika Syarikat. Jadi kita tidak perlu risau dengan ekonomi negara ini asalkan kita sudah melaksanakan tanggungjawab kita sebagai sebuah negara Islam.
"Kita (Malaysia) telah nyatakan pandangan kita untuk menolak pengiktirafan tersebut dalam pelbagai platform seperti di negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).
"Kita tidak perlu risau kesan penolakan tersebut terhadap ekonomi kita dan sebagai sebuah negara Islam, kita tidak boleh berdiam diri," katanya kepada pemberita selepas Program Town Hall bagi mendengar permasalahan penduduk dari sekitar Jerlun di Kodiang dekat sini semalam.
Perhimpunan Agung PBB mengisytiharkan keputusan AS mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel sebagai tidak sah dan terbatal melalui pengundian 128 negara menolak keputusan AS itu dan sembilan negara menyokong
Othman yang juga Anggota Parlimen Jerlun berkata kerajaan menentang sekeras-kerasnya tindakan itu yang mencemarkan imej Islam.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor