Pages

Sunday, November 12, 2017

RIBUT, HUJAN BERTERUSAN DI 7 NEGERI





Kuala Lumpur: Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dijangka berterusan di tujuh negeri sehingga awal malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan pada jam 4.30 petang itu berkata, negeri berkenaan adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Katanya, daerah yang dijangka terbabit dengan cuaca buruk itu adalah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Muallim dan Batang Padang di Perak; Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh di Pahang.

Selain itu, Jeli, Lojing dan Gua Musang di Kelantan serta Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman di Terengganu.

Maklumat lanjut mengenai laporan ramalan cuaca boleh diperoleh menerusi laman web http://www.met.gov.my/ atau Facebook atau Twitter Metmalaysia, @malaysianmet.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor