Bagi meringankan beban keluarga kurang berkemampuan menyediakan keperluan persekolahan, Umno Bahagian Indera Mahkota menyumbangkan zakat persekolahan sebagai bantuan awal.
Ketua Umno Bahagian Indera Mahkota, Dato' Mustaffar Kamal Ab Hamid berkata, pemilihan penerima yang layak dilakukan di peringkat cawangan.
Menurutnya, seramai 210 penerima dikenal pasti di Dun Beserah manakala 165 penerima di Dun Semambu.
"Kita sedar masih ramai keluarga yang tergolong dalam golongan kurang mampu dan perbelanjaan persekolahan agak tinggi.
"Justeru, kita mengambil inisiatif ini dengan memberi bantuan awal kepada mereka dengan peruntukkan RM100,000 untuk tahun ini," katanya kepada media pada Majlis Penyerahan Zakat Bantuan Persekolahan Dun Beserah.
Hadir sama, Timbalan Ketua Umno Indera Mahkota, Dato' Mazlan Mat Rashid.
Mustaffar Kamal berkata, pihaknya sedaya upaya membantu golongan memerlukan melalui pelbagai bantuan yang disediakan.
Katanya, maklumat terkini mereka yang perlu dibantu sentiasa dikemas kini bagi memudahkan bantuan disalurkan.
Sementara itu, Nor Juliana Mohd Nasar, 39, bersyukur anak keduanya daripada empat beradik,Mohd Ilyas Anas Mohd Zukiman, 9,layak menerima bantuan persekolahan itu.
Katanya, tiga anaknya bersekolah dan perbelanjaan setiap seorang dianggarkan RM150 seorang.
"Saya tidak bekerja dan hanya bergantung kepada pendapatan suami, Mohd Zukiman Salleh, 37, yang bekerja sebagai pemandu lori.
"Bantuan ini amat meringankan perbelanjaan nanti,"katanya yang tinggal di Kampung Balok Pine.
Pada majlis itu, penerima menerima sumbangan beg sekolah dan wang tunai RM150 seorang.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor