Berbanding pembangkang, parti pemerintah tidak mengamalkan falsafah popular semata-mata untuk memenangi hati rakyat, kata Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin.
“Senang jadi pembangkang kerana tugas mereka hanya berjanji dan kemungkinan besar tidak akan ditunaikan.
“Kerajaan hanya berjanji bukan sahaja seiring dengan keperluan rakyat tetapi kita juga mahu memastikan negara akan terus maju di masa depan,” tegas Menteri Belia dan Sukan itu.
Khairy berkata demikian sewaktu merasmikan Perhimpunan Agung Pemuda MyPPP yang berlangsung di Dewan FELCRA di ibukota, semalam.
Pada masa sama, beliau menggesa jentera parti BN mempamerkan kemesraan kepada belia kerana golongan inilah yang akan memainkan peranan dalam perkembangan negara serta kejayaan parti dalam pilihan raya.
“Pada pemerhatian saya, golongan belia masih belum buat keputusan. Jadi pintu masih terbuka untuk kita pujuk mereka memahami aspirasi kerajaan.
“Atas sebab itu, penting untuk ahli parti turun padang bergaul dan mengenali mereka,” kata Ahli Parlimen Rembau itu.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor