Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan mustahil orang percaya dengan dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bahawa Kerajaan Pusat tidak membantu mangsa banjir di Pulau Pinang.
Beliau berkata, ini kerana orang ramai dapat menyaksikan sendiri pelbagai pihak daripada agensi dan jabatan kerajaan termasuk anggota tentera turun padang membantu mangsa banjir di negeri itu.
“Anggota tentera telah turun membantu mangsa banjir di sana tanpa menunggu arahan daripada saya. Saya rasa mustahil orang boleh percaya (dakwaan Guan Eng) sebab saya dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, sendiri turun membantu mangsa banjir.
“Kalau Kerajaan Pusat tak bantu, kenapa dia (Lim) telefon Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pukul 3 pagi (minta bantuan Kerajaan Pusat)?” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Deepavali Peringkat Tentera Darat di sini, semalam.
Hishammudin turut memuji anggota tentera yang terlibat dalam membantu mangsa banjir tanpa mengambil kira perbezaan warna kulit, agama dan fahaman politik.
“Itu (bantuan tentera dan Kerajaan Pusat kepada mangsa banjir) tiada siapa di Pulau Pinang boleh nafikan, jadi kalau mereka kata tak bantu saya rasa tak patutlah,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor