GEORGE TOWN, 8 Nov (Bernama) -- Keadaan banjir di Pulau Pinang beransur pulih dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan semakin berkurangan pagi ini.
Sehingga pukul 6 pagi, sejumlah 3,482 orang daripada 914 keluarga masih berlindung di pusat pemindahan berbanding 5,729 orang daripada 1,445 keluarga malam tadi.
Jurucakap bilik gerakan banjir polis berkata semua mangsa banjir itu ditempatkan di 25 pusat pemindahan di Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT).
"Seramai 2,588 orang berada di 13 pusat pemindahan di daerah SPU manakala 894 orang lagi di 12 pusat pemindahan di SPT," katanya di sini hari ini.
Cuaca di Pulau Pinang pagi ini dilaporkan cerah.

No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor