Pages

Monday, November 20, 2017

ANAK ADUN DITAHAN MILIKI 200 PIL KUDA


Anak Adun miliki 200 pil kuda


Kota Bharu – Anak lelaki seorang Adun di negeri ini ditahan polis kerana dipercayai memiliki 200 butir pil kuda di hadapan sebuah rumah di Jalan Pasir Mas - Salor, Kampung Jelutong, di sini,kelmarin.

Suspek berusia 29 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, pada jam 3.30 petang.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, anggota serbuan membuat pemerhatian kira-kira lima minit terhadap seorang lelaki yang berdiri di hadapan sebuah rumah di kampung itu.

“Sebaik pegawai polis memperkenalkan diri, suspek tiba-tiba cuba meloloskan diri dengan berlari ke bahagian tepi rumah, namun terjatuh.

“Berlaku pergelutan kerana suspek beberapa kali melawan dan agresif semasa polis cuba menahannya dan enggan memberikan kerjasama semasa pemeriksaan hendak dilakukan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Ismail berkata, polis kemudian memeriksa tubuh badan suspek dan menemui bungkusan yang disorokkan di dalam poket hadapan sebelah kanan seluar panjang berwarna kelabu yang dipakainya.




“Hasil pemeriksaan terhadap bungkusan berbalut kertas tisu berwarna putih tersebut mengandungi sepeket plastik berwarna biru berisi 198 biji pil warna merah dan dua biji pil warna hijau dipercayai dadah pil kuda," katanya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor