Exco Pelancongan Dan Kebudayaan Pahang Dato’ Sri Sharkar Shamsudin berkata Tahun Melawat Pahang 2017 akan dilanjutkan 6 bulan lagi bagi meneruskan lagi promosi ke destinasi yang baru diperkenalkan.
Menurut Dato’ Sri Sharkar Tahun Melawat Pahang 2017 telah
membawa masuk ramai pengusaha dan kerajaan tempatan untuk turut aktif dalam industri pelancongan dan membangunkan tempat-tempat baru apabila menyedari potensi produk mereka.
Tahun Melawat Pahang juga dibuat untuk mengenali kelemahan
dalam industri pelancongan agar industri dapat dipertingkatkan dan promosi
boleh dilakukan secara berterusan.
“Pada tahun depan, banyak lagi kawasan baru dan produk baru
akan diperkenalkan. Antaranya “Black Water Jewel” atau kawasan paya di Pekan,
Pelancongan Udara Bersih di Kuantan, “Rock Climbing di Gunung Senyum, “Hammock”
di Lubuk Yu serta promosi “Musang King”, kata beliau.
Dari segi pentabiran pula, kerajaan negeri memohon agar
Kerajaan Persekutuan mengkaji semula
perkataan “Pelancongan” yang hanya boleh digunakan oleh Kerajaan Persekutuan
mengikut perlembagaan, supaya boleh digunakan oleh negeri-negeri lain.
Pada masa ini aktiviti pelancongan Pahang digerakkan oleh
Perbadanan Kemajuan Bukit Frazer. Dato’ Sri Sharkar berpendapat Perbadanan
Pelancongan Negeri jika dibenarkan akan lebih agresif dan fokus dalam
meningkatkan industri pelancongan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor