Kuala Lumpur – Tempoh tujuh hari diberikan kepada Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman supaya mengemukakan bukti berhubung dakwaannya terdapat ‘rangkaian dedak yang sistematik’ supaya kepimpinan tertinggi PPBM meninggalkan parti itu.
Tempoh tersebut diberikan oleh bekas pemimpin kanan PPBM, Kamarul Azman Habibur Rahman yang namanya telah dikaitkan oleh Syed Saddiq dalam sidang medianya baru-baru ini.
“Jelas sekali dakwaan tidak berasas Syed Saddiq ini berniat jahat dan bertujuan untuk mencemarkan nama baik saya.
“(Dakwaan) ini telah menimbulkan kesan yang buruk terhadap keluarga dan saya sendiri sebagai seorang pegawai di pejabat pendidikan daerah. Jika benar Syed Saddiq mempunyai bukti bahawa sogokan telah diberikan kepada saya dan individu lain, beliau perlu menunjukkan bukti tersebut kepada polis dan SPRM.
“Saya beri Syed Saddiq tujuh hari bermula hari ini untuk mengemukakan bukti kepada pihak polis dan SPRM,” katanya.
Sekiranya Syed Saddiq gagal berbuat demikian katanya, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengemukakan saman.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor