Pertama sekali, kita dapat mengagak sebab Tun menulis artikel bertajuk 'DAP' pada 5 Oktober 2017. Ianya ditulis 2 hari selepas Tun menjejak kaki di ibu pejabat DAP.
Tun tahu impak negatif berada di sana. Kerana itu Tun menulis artikel tersebut walau pun hujah-hujah ringan yang hanya sekadar kitar semula daripada artikel sebelum ini. Yang ditambah ialah Tun mempersetankan dan dipersetankan oleh cauvinis DAP.
Seperti tajuk portal pembangkang MalaysiaKini iaitu 'Tersungkurnya Dr Mahathir di kaki DAP..', tindakan Tun berada di ibu pejabat DAP adalah 'lambang kepada tersungkur dengan secara rasminya Mahathir terhadap perjuangan Malaysian Malaysia DAP yang sebelum ini ditentangnya sendiri bermati-matian'.
Tetapi kita tahu Tun tidak menjawab isu sama ada dakwaan terhadap DAP sebelum ini benar atau tidak. Apakah rakyat ditipu mengenai DAP selama Tun mula berpolitik dan semasa 22 tahun menjadi PM?
Kita juga tahu Tun pernah mempersetankan DAP. Tetapi penolakan rakyat terutamanya kaum Melayu terhadap parti DAP tidak berlandaskan kepada usaha Tun itu sahaja. Kesongsangan parti DAP sudah terserlah lama sejak peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969
Malah dasar-dasar parti DAP begitu jelas menyebabkan kaum Melayu dan bumiputera tidak berselera untuk bersama dengan DAP kecuali beberapa Melayu yang liberal, tidak sedar diri, berkepentingan dan menagih sokongan politik.
Tun perlu baca semula sejarah dan dasar-dasar DAP yang jelas menolak konsep 'bumiputera' dan hak-hak keistimewaannya. Tun perlu tahu Deklarasi Setapak yang diperjuangkan oleh DAP dan mereka tidak pernah pun menafikannya. Di antaranya:
"Deklarasi Setapak memperkukuh pegangan DAP bahawa dalam proses membina negara, kesamarataan etnik harus menjadi prinsip paling penting, dan di atas prinsip inilah pengasingan rakyat ke dalam dua kelompok ‘Bumiputera' dan 'bukan Bumiputera' ditentang."
Dasar parti DAP terang-terangan telah menggariskan penghapusan pembahagian antara "bumiputera" dan "bukan bumiputera" dan perlaksanaan kesaksamaan etnik dan penggantian sistem kuota etnik dengan dasar 'merit dan keperluan'
Maka jika ada individu Melayu yang bersekongkol dengan pihak yang menentang kewujudan 'bumiputera' dan hak2nya, bukankah individu ini memang layak dipanggil pengkhianat kepada kaumnya sendiri dan bumiputera?
Jika begitu, apakah yang telah dijanjikan oleh Kit Siang sehinggakan Tun sanggup menutup kepada segala kesongsangan parti cauvinis DAP ini? Apakah intipati perjanjian tersebut?
Dan jika niat Tun ialah untuk menjatuhkan Najib, niat DAP ialah menjatuhkan kerajaan yang diterajui oleh wakil Melayu/Bumiputera untuk diganti dengan kerajaan yang majoriti kerusinya adalah parti DAP manakala PKR, PAN dan PPBM hanya sekadar mengisi potfolio-potfolio yang dikawal selia oleh cauvinis DAP.
Realitinya, yang diperlukan oleh DAP hanya sekadar mendominasi sesebuah kerajaan. Apabila DAP mendominasi kerajaan Selangor, pesta arak diluluskan dan pelbagai lagi. Negeri Pulau Pinang pula berdepan dengan pelbagai kepincangan permasalahan rakyat dan skandal bilion ringgit wang rakyat apabila DAP menerajui kerajaan negeri
Dan DAP kononnya tidak meminta jawatan Perdana Menteri. Tetapi keangkuhan dan tiada rasa hormat yang ditunjukkan oleh DAP di negeri Perak adalah bukti kukuh mereka inginkan jawatan tertinggi.
Walau pun perlembagaan Negeri Perak mensyaratkan hanya orang Melayu beragama Islam boleh menjadi Menteri Besar, DAP tetap mencalonkan wakil mereka yang bukan Melayu dan bukan Islam sebagai calon Menteri Besar. Ketika itu, DAP mendominasikan kerajaan negeri Perak. Lihatlah betapa rakusnya DAP ini..
Tun juga berkata, dalam politik jika kita nak kalahkan musuh, kita terpaksa memburukan imej musuh. Maksudnya, jika sebelum ini Tun mempersetankan DAP tetapi kini semuanya tampak elok hanya kerana permainan politik Tun, maka apa yang Tun lakukan sekarang dengan pelbagai tuduhan terhadap Datuk Seri Najib Razak dan UMNO itu hanya mainan politik yang tidak benar dan sekadar propaganda politik memburuk-burukkan imej musuh sahaja. Rakyat tidak mungkin akan termakan dengan politik persepsi ini.
Tun juga mendakwa DAP terbuka kepada semua kaum. Tetapi sebenarnya, dari dulu hingga sekarang DAP hanya dipimpin oleh satu dinasti dan satu kaum sahaja. Pemilihan CEC DAP adalah bukti kerasisan parti DAP apabila tidak ada satu pun calon Melayu yang menang.
Seorang pemimpin Melayu pernah menasihatkan orang Melayu dan Bumiputera. Tun kenal pemimpin Melayu ini.
Beliau meminta supaya kita berwaspada jangan sampai terpedaya dengan muslihat jahat DAP. Tujuan sebenar parti paling rasis ini bukanlah untuk memberi kuasa kepada orang Melayu, jauh sekali menyerahkan kepimpinan parti itu kepada orang Melayu.
Katanya, DAP hanya mahukan si Melayu yang malang ini menjadi kuda tunggangan yang kerjanya sekadar menjaga kepentingan cauvinis DAP. Orang Melayu yang bersekongkol dengan DAP adalah pengkhianat bangsa. Janganlah jadi pembelot seperti Si Kitol. Janganlah jadi seperti tikus membaiki labu. Janganlah jadi seperti Pak Kaduk, menang sorak, kampung tergadai. Janganlah sudah terhantuk, baru terngadah. Jangan sampai nasi menjadi bubur. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.
Agenda DAP yang sebenar ialah ingin melihat perpecahan di kalangan umat Islam dan melaga-lagakan umat Islam dengan bukan Islam. DAP sudah pasti bukanlah parti untuk orang Melayu dan Bumiputera, katanya.
Kerana itu juga, Pakatan Harapan tidak patut disokong kerana parti DAP sudah pasti akan mendominasikan pakatan politik yang juga terdiri daripada PKR, PPBM dan PAN. DAP yang akan menjadi penentu dalam Pakatan Harapan.
Dr Novandri Hasan Basri
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor