Sambutan Hari Wanita Pahang 2017 membawa
pendekatan baru dengan mengadakan forum “TN50 Apa Wanita Mahu” yang
dipengerusikan oleh Dato’ Sri Maznah Mazlan.
Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan
Multimedia Negeri Pahang, Dato’ Shahaniza Shamsuddin berkata wanita daripada pelbagai golongan masyarakat dan akar umbi hadir bagi menyuarakan
sendiri hasrat mereka untuk masa depan yang lebih baik.
“Pendekatan ini lebih bermakna kerana kandungan forum
dikumpul dan difailkan untuk diserahkan kepada Kerajaan Negeri Pahang”.
“Kita melaksanakan polisi untuk wanita adalah untuk kebaikan
wanita. Ia akan dilaksanakan dengan
lebih baik apabila kandungan polisi dibuat berdasarkan kehendak yang kemukakan
oleh golongan wanita sendiri.”
“Penukaran konsep kali ini adalah supaya wanita lebih bersikap
positif untuk memberi pandangan dan kritikan demi kejayaan mereka sendiri,”
kata Dato’ Shahaniza lagi.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor