Sambutan yang menggalakkan pengunjung terhadap Pesta Tasik Maran 2017 menunjukkan penganjuran kali ini telah menepati sasaran. Seramai 6 ribu pengunjung telah membanjiri Pesta Tasik Maran 2017 yang bermula pada hari Jumaat 29 haribulan Oktober dan berakhir pada hari Ahad 1 hb October 2017.
"Penganjuran Pesta Air Maran 2017 bersesuaian dengan Tahun Melawat Pahang 2017. Banyak destinasi menarik dalam daerah Maran seperti Hutan Lipur Lubuk Yu, Hutan Lipur Lubuk Ujid dan Hutan Lipur Teladas selain Taman Tasik Maran yang perlu dipromosikan secara berterusan".
"Kerajaan Pahang juga telahpun membawa nama Maran ke dunia luar melalui Konvoi 4 x 4 Kuantan ke Manchester dimana salah satu kenderaan telah membawa pelekat tempat tempat indah untuk dikunjungi di Maran selain menyebarkan risalah sepanjang konvoi yang melalui.banyak negara".
"Insyaallah, saya yakin Kerajaan Pahang akan memberikan apa jua bantuan yang bersesuai bagi memastikan Pesta Taman Tasik Maran ini akan dijadikan acara tahunan berbanding dwi tahunan memandangkan sambutan yang menggalakkan dari pengunjung", tegas YB Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin Exco Kerajaan Negeri Pahang ketika merasmikan penutupan Pesta Taman Tasik Maran di Dewan Arena YM Tengku Muda Pahang semalam.
Pelbagai acara telah diadakan sepanjang dua hari di antaranya ceramah agama,persembahan nasyid,pertandingan golf,futsal,memasak,mewarna ,kayak,bersajak dan etnikkaraoke,kem nak sihat,persembahan bot kawalan jauh,kapal terbang remote control,kayuhan santai,senamrobik,sukan rakyat, memancing,pantaque serta persembahan 4 x 4 dan auto show dengan penglibatan agensi kerajaan dan swasta.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor