Pages

Thursday, October 26, 2017

[LIPIS] MOHON BANTUAN ANAK HIDAP JANTUNG BERLUBANG


Mohon bantuan anak hidap jantung berlubang


Sepasang suami isteri yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Sungai Temau di sini tidak dapat menahan kesedihan apabila anak bongsu mereka disahkan oleh doktor mengalami masalah jantung berlubang.

Mohd Rusli Salleh, 42, serta isteri, Roslina Said Hamad, 33, terpaksa menerima hakikat bahawa anak ke enam mereka, Afia Raifatunnisa yang lahir pada 17 Oktober lalu mengalami komplikasi penyakit berkenaan.

Mohd Rusli berkata, sekitar kandungan isterinya 30 minggu doktor di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) Merapoh mengesahkan terdapat masalah pada bayi berkenaan iaitu degupan jantung tidak stabil serta air ketuban berlebihan.

"Doktor KKIA kemudiannya merujuk isteri saya ke Hospital Lipis dan di sana dia telah ditahan wad selama tiga hari bagi memudahkan pakar memantau kandungan.

"Genap 36 minggu kandungan, isteri saya selamat melahirkan Afia namun bayi ini mengalami masalah pernafasan dan diletakkan di dalam inkubutor,"katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini semalam.

Mohd Rusli berkata, empat hari kemudian doktor mengesahkan Afia mengalami masalah jantung berlubang dan perlu di bawa ke Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur untuk rawatan susulan.

Tambahnya, dia bingung memikirkan kos yang terpaksa ditanggung selama berada di IJN termasuk rawatan, penginapan, duit minyak kereta serta makan minum selama bayinya di sana.

"Esok saya perlu bawa Afia ke IJN dan perlu sediakan wang cagaran sebanyak RM500 serta lain-lain kos yang mencecah ribuan ringgit.

"Saya hanya bekerja sebagai guru Kafa saja dengan pendapatan RM900 sebulan sementara isteri tidak bekerja. Kami juga memiliki lima orang anak yang berusia antara tiga hingga 13 tahun yang mana tiga daripadanya masih bersekolah," katanya.

Muhd Rusli berkata, dalam tempoh seminggu lebih ini saja telah banyak perbelanjaan dikeluarkan kerana dia perlu berulang alik lebih 100 kilometer setiap hari dari rumah di Sungai Temau ke Hospital Lipis untuk menjenguk anak dan isterinya di wad.

Orang ramai yang ingin membantu meringankan penderitaan Afia Raifatunnisa Mohd Rusli bolehlah menyumbang menerusi akaun Maybank Mohd Rusli Salleh bernombor 155014002755 atau hubunginya di talian 0179255925.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor