Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan bertindak menyelamatkan seorang warga emas berusia 80 tahun yang didapati dikurung di rumahnya di Taman Inderapura, di sini sejak Isnin lalu kira-kira jam 2 petang semlam.
Warga emas berkenaan, Tang Ngad, didapati telah lumpuh separuh badan akibat diserang penyakit angin ahmar, beberapa minggu sebelum ini.
Dalam pada itu, ketika diselamatkan keadaannya tidak terurus malah berbogel dengan badan telah dipenuhi najis termasuk di setiap pelosok rumah.
Pasukan polis terpaksa bertindak memotong pintu jeriji rumah warga emas berkenaan.
"Terdapat beberapa orang jiran mendakwa bahawa pintu berkenaan dimangga oleh dua orang anaknya tanpa sebab tidak diketahui selepas mengambil ayah mereka yang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sejak seminggu lalu.
"Namun begitu, untuk membuka pintu berkunci sekali gus menyelamatkan warga emas itu, pihak kami terlebih dahulu membuat laporan polis.
"Pihak polis telah memberikan kerjasama yang baik dan hadir bersama-sama ke tempat kejadian," katanya.
Tambahnya, pihaknya akan mendapatkan maklumat lanjut dan perkembangan terkini daripada pihak polis dari masa ke semasa.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor