Pages

Wednesday, October 11, 2017

KIT SIANG SEMBUNYI NIAT SEBENAR, PERGUNA TUN M - SALLEH




Kuala Lumpur - Bendahari UMNO Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata pemimpin DAP Lim Kit Siang dengan bijaknya telah mengetepikan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan tertinggi itu dan mempergunakan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melindungi tujuan politik sebenar beliau.

"Sebab itulah (Dr) Mahathir sangat sensitif berhubung isu itu dan setiap kali ada pihak bercakap tentang Kit Siang menjadi perdana menteri, beliau akan jadi orang pertama menafikan dakwaan tersebut dan mempertahankan Kit Siang,” katannya menerusi sskeruak.blogspot.my. hari ini.

Salleh yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, berkata di sebalik penafian Kit Siang, beliau tidak dapat menyembunyikan hakikat yang beliau adalah pemimpin de facto (sebenar) dan DAP yang mempunyai bilangan kerusi terbanyak yang membuat keputusan dalam Pakatan Harapan.

"Ini bermakna beliau yang memutuskan siapa akan menjadi perdana menteri jika Pakatan Harapan memenangi PRU-14 (pilihan raya umum ke-14) dan selaku pemimpin de facto parti yang mempunyai bilangan kerusi terbanyak, pilihan tepat untuk perdana menteri ialah Kit Siang sendiri," katanya.

Beliau juga berkata sejarah Pakatan banyak menunjukkan bahawa Kit Siang, dan bukan Pakatan yang membuat keputusan.

"Apabila Pakatan Rakyat dibubar, Kit Siang yang buat keputusan itu secara sendirian dan Kit Siang juga yang putuskan untuk mengakhiri kerjasama dengan PAS sekalipun PKR tidak mahu. "Ini akan berulang dalam isu siapa jadi perdana menteri sekiranya Pakatan menang PRU. Ini dibuktikan oleh rekod Pakatan sendiri," kata Salleh.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor