Pages

Sunday, October 8, 2017

DAP HILANG WARAS SEBELUM MABUK - PEMUDA PAS





Kuala Lumpur – Dewan Pemuda Parti Islam Se-Malaysia (Pas) menyifatkan kelantangan pemimpin DAP yang berkeras mempertahan dan mahu Pesta Arak 2017 diadakan baru-baru ini menyerlahkan sikap sebenar parti cauvenis itu.

Ketua Penerangannya, Hishamuddin Abdul Karim berkata, walaupun penganjuran pesta minuman keras itu mendapat bantahan orang ramai, namun DAP tetap dengan kedegilannya yang lahir dari sikap ego parti itu.

“DAP sengaja menjadikannya sebagai eksperimen untuk memprovokasi, mencabar dan memperlekeh sensitiviti awam terutamanya umat Islam Melayu di negara ini.

“Malah, DAP menzahirkan kedudukan politik sebagai kuasa untuk memaksa kehendak mereka dituruti,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Akhir bulan lalu, Naib Pengerusi DAP Se­langor, Datuk Teng Chang Khim mendakwa polis sudah meluluskan kebenaran pe­nganjuran pesta arak itu dengan syarat ia tidak membabitkan orang Islam serta tidak berunsur politik.

Chang Khim yang juga Exco Selangor mendakwa pihak berkuasa itu sudah meluluskan pe­nganjuran pesta arak, ‘Centro Mall German F&B Festival’ di Centro Mall, Klang pada 12 dan 13 Oktober ini.

Mengulas lanjut, Hishamuddin juga mendakwa sikap DAP ini sebenarnya satu ancaman kepada masa depan keharmonian dan keutuhan negara.

“Demi sokongan golongan bebal tertentu, mereka mengangkat dan memperjuang isu ini. Sedangkan ia mendatangkan mudarat kepada pelbagai kepentingan awam,” tegasnya.

Katanya lagi, DAP hanya akur kepada larangan penganjuran pesta arak tersebut hanya setelah didedahkan info risikan ancaman pengganas oleh Ketua Polis Negara baru-baru ini.

“Menunjukkan betapa parti itu lebih awal hilang kewarasannya sebelum mabuk. Malang lagi apabila parti politik bersamanya dalam PH hanya membisu.

“Rakyat Malaysia yang matang menerima realiti bahawa arak menjadi minuman golongan tertentu terutama kalangan bukan Islam.

“Tetapi menjadikannya keraian dengan berpesta besar-besaran bukanlah budaya negara ini. Ia jelas diimport dari luar,” katanya lagi.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor