Pages

Friday, October 27, 2017

[BERA] MAYAT WANITA DITEMUI TERAPUNG DI SUNGAI TERIANG


 Mayat wanita ditemui terapung di Sungai Triang


Seorang wanita lengkap berpakaian dan tanpa dokumen diri ditemukan terapung di Sungai Triang berdekatan Jambatan Triang, Jalan Temerloh-Bahau, semalam.

Pegawai Operasi, PBK 1, Khairudin Othman berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 3.52 petang, memaklumkan kelihatan satu mayat terapung di sungai itu dan sedang dihanyutkan arus.

"Pihak kami menerima aduan awal mengatakan ada satu mayat terapung di Sungai Triang berdekatan Jalan Triang-Sri Buntar. Tapi, sejurus tiba di lokasi tersebut, tiada mayat ditemui.

"Namun, berdasarkan makluman pengadu dan gambar yang dirakam menerusi telefon bimbitnya, memang jelas kelihatan satu mayat yang sedang terapung," katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Mayat mangsa dihantar ke Hoshas untuk bedah siasat.


Beliau berkata, lapan anggota bomba bergegas ke lokasi kedua untuk melakukan memulakan operasi mencari mangsa.

Katanya, bagaimanapun, mayat itu telah dibawa ke tebing sungai oleh dua nelayan yang kebetulan berada di lokasi terbabit.

"Anggota bomba membantu mengangkat mayat ke darat dan menyerahkan kes kepada polis polis untuk tindakan susulan.

"Berdasarkan fizikal mayat, mangsa dipercayai telah lemas dalam tempoh 24 jam," katanya.

Difahamkan, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) untuk dibedah siasat.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor