Selepas masih gagal melunaskan bayaran tuntutan ganti rugi, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sekali lagi berdepan tuduhan menyalahguna wang hasil derma orang ramai untuk membayar gaji sukarelawan yang berkerja di bawah INVOKE.
Menurut Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor pembohongan licik itu mula dikesan apabila semakan mendapati KEIP Resources tidak menjalankan sebarang aktiviti perniagaan membekal tenaga kerja atau perkara bersangkutan seperti yang didakwa Rafizi,
KEIP Resources adalah sebuah syarikat yang dilantik untuk menguruskan pembayaran gaji tenaga pekerja dalam INVOKE.
Sebelum ini, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan menunjukkan transaksi gaji yang memaparkan bahawa INVOKE sudah membayar KEIP Resources bermula dari Mac sehingga September dengan jumlah sebanyak RM1.3 juta.
“Bagaimanapun, mengikut senarai itu juga, INVOKE tidak membuat sebarang pembayaran kepada KEIP pada bulan Julai.
“Hanya selepas Rafizi berjaya mengutip derma RM1.5 juta dari orang ramai pada Ogos, INVOKE didapati membayar kepada KEIP sebanyak dua kali pada 28 Ogos lalu..
“Pembayaran pertama RM 160’349.95 dan pembayaran kedua RM 156,132.10,” jelas Rizal menerusi satu kenyataan di Facebooknya, Rabu.
Tambah beliau, bukti berkenaan jelas menunjukkan Rafizi menyelewang dana hasil sumbangan orang ramai untuk membayar gaji tenaga pekerja berkenaan.
“Lebih menarik, mengikut carian yang dilakukan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan pemegang saham utama syarikat KEIP bernama Rafizi Ramli yang juga pemegang saham terbesar dalam INVOKE Iaitu sebanyak 250,000 unit.
“Kesimpulannya, Rafizi membekal tenaga kerja kepada Rafizi. Dan Rafizi pula membayar kepada diri sendiri sebanyak ratusan ribu ringit sebulan untuk membekalkan sumber manusia daripada hasil duit yang dikutip dari orang ramai,” jelas Rizal.
Terdahulu, pada 2 Ogos lalu, Rafizi melancarkan kempen simpati untuk meminta sumbangan duit bagi tujuan pembayaran ganti rugi kepada Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismai.
Susulan itu, dalam masa 10 hari, Rafizi mengumumkan bahawa beliau memperolehi kira-kira RM1.5 juta hasil sumbangan derma orang ramai walaupun jumlah ganti rugi hanyalah dalam lingkungan RM300,000 beserta faedah.
Hukuman tersebut adalah susulan saman yang difailkan pada 3 Jun 2013 oleh Salleh dan NFCorp pada 7 Mac 2012, bahawa Rafizi membuat kenyataan berbaur fitnah dalam satu sidang media berhubung pembelian hartanah KL Eco City.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor