Pages

Tuesday, September 12, 2017

[KUANTAN] #NEGARAKU: SEMINAR MEDIA SOSIAL PERINGKAT NEGERI PAHANG



“Sejak 2015, aduan terhadap salahlaku dalam media sosial kepada Suruhjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan PDRM bertambah kerap dan semakin serius.”

“Salahlaku seperti mengedit gambar, menfitnah dan menularkan berita palsu semakin buruk dan boleh menghuru-harakan negara, sementara pengguna media sosial pula bertambah kepada 24 juta orang daripada penduduk negara seramai lebih 30 juta orang.”

EXCO Pembangunan Wanita Dan Keluarga Pahang, Dato’ Shahaniza Shamsudin berkata kerajaan sedang mengambil langkah serius agar etika di media sosial dapat dimanfaatkan dengan cara yang betul.

Dato’ Shahaniza bercakap pada sidang media selepas merasmikan  Forum #Negaraku: Seminar Media Sosial Pahang di Auditorium Jabatan Penyiaran (RTM) Kuantan.

Lebih 400 hadirin yang terdiri daripada pengiat sosial dan wakil kerajaan dan NGO menghadiri Forum ini yang memberi pengisian pendidikan dan membantu memberi persepsi sebenar penggunaan media sosial yang telah menjadi cara hidup rakyat negara ini.


          

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor