Semalam berlansungnya Majlis Konvokesyen Pahang Skills ke-9 yang dirasmikan oleh YB. Dato' Norol Azali Bin Sulaiman selaku wakil rasmi YAB Menteri Besar Pahang.
Seramai 451 Graduan telah menerima sijil dan juga diploma bagi kursus-kursus yang telah diambil sepanjang berada di Pahang Skills.
Daripada 451 graduan seramai 8 graduan dari program Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektronik Instrumentasi & Kawalan ( DTC ) manakala bagi Diploma Teknologi Komputer ( DTK ) adalah seramai 14 graduan, seramai 117 graduan pula telah berjaya dalam Diploma Kemahiran Malaysia-Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik Voltan Rendah ( DKM-EE ).
Manakala Seramai 78 graduan pula telah memiliki Diploma Kemahiran Malaysia Pentadbiran Sistem Komputer (DKM-IT), Seramai 197 graduan lagi telah memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia Pemasangan dan Penyelengaraan Elektrik-Satu Fasa ( WTTP-ET ) dan akhir sekali adalah Sijil Kemahiran Malaysia Perekabentuk Multimedia Pengarangan.
Selain dari itu 6 orang graduan telah menerima hadiah graduan cemerlang, setiap seorang telah menerima siji, cenderahati serta wang tunai sebanyak RM800.00 bagi program Diploma dan Rm500.00 bagi program Sijil.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor