Pages

Monday, September 11, 2017

[KUANTAN] CADANG BUAT UPAH HAJI UNTUK ARWAH SUAMI


Cadang buat upah haji untuk arwah suami


“Saya akan gunakan sebahagian wang pampasan ini untuk upah haji dan kenduri buat arwah suami,” kata Noor Azaliza Ahmad, 40, yang menerima pampasan insurans Zurich Takaful Malaysia Berhad yang berjumlah RM150,898 di sini, semalam.

Noor Azaliza terpaksa memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga selepas suaminya, Roszaain Mat Tahir, 38, meninggal dunia berikutan terlibat dalam satu kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT), pada 9 Mac lalu.

Katanya, meskipun sebagai kerani di salah sebuah syarikat swasta di Jalan Gambut, namun dia tetap akan terus membesarkan anak-anaknya dengan kudrat yang ada.

“Alhamdulillah dapat wang pampasan ini sedikit sebanyak ringankan beban yang saya tanggung. Wang itu akan saya gunakan untuk arwah suami dan selebihnya lagi akan disimpan untuk keperluan empat anak yang masih kecil dan bersekolah.

“Anak-anak saya berusia antara dua hingga 15 tahun. Dah pasti wang ini untuk masa depan mereka dan saya akan urus dengan sebaiknya,” katanya ketika ditemui selepas menerima replika cek daripada Konsultion Zurich Takaful, Rosdi Awang Ngah di pejabat insurans itu di Wisma Bauk, semalam.

Dia yang tinggal di Taman Perumahan di Indera Mahkota 15, di sini, berkata, arwah suami ada memaklumkan caruman tersebut, namun dia tidak mengetahui nilai caruman sebulan yang dibayar.

Sementara itu, Rosdi berkata, arwah mencarum skim ini sejak dua tahun lalu dengan pembayaran sebanyak RM200 sebulan.

Jelasnya, sebaik sahaja pihaknya mengetahui arwah meninggal dunia, pembayaran pampasan terus diuruskan.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor