Usaha memulihkan laluan parit dan longkang dari terus berbau busuk dengan menggunakan bebola lumpur (mud ball) telah dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) di Taman Gelora di sini.
Yang Dipertuanya, Dato' Fadzilla Salleh berkata, kira-kira 100 bebola lumpur telah dibuang ke dalam aliran parit dan longkang bagi menghalang pencemaran bau di kawasan terbabit.
Menurutnya, ini salah satu cara mempertingkatkan penyelenggaraan terhadap sistem perparitan bagi mengatasi masalah bau di Taman Gelora dan akan memastikan aliran longkang serta parit tidak tersekat.
“Bau busuk yang dipercayai berpunca daripada longkang dan sistem aliran parit di kawasan gerai tersebut menimbulkan keadaan tidak selesa pelanggan yang berkunjung untuk menjamu selera di Taman Gelora sejak sekian lama.
“Kita meminta peniaga-peniaga diminta memberi kerjasama sepenuhnya bagi memastikan kawasan itu bersih dan bebas bau busuk,” katanya ketika ditemui selepas kerja pembuangan bebola lumpur dilakukan di aliran parit di taman gelora di sini, semalam.
Fadzilla turut memaklumkan acara membaling bebola lumpur ke dalam parit berkenaan bagi mewujudkan kesedaran semua pihak tentang kepentingan menjaga kebersihan laluan air.
Jelasnya, pihaknya mahu kawasan taman rekreasi itu berada dalam keadaan baik dan bebas daripada sebarang pencemaran memandangkan ia selalu dikunjungi oleh pelbagai pihak.
“Kita nak pengunjung selesa berada di situ dan boleh melakukan aktiviti riadah dengan baik tanpa ada kacau ganggu sama ada pencemaran bau serta sebaginya,” katanya.
Dalam perkembangan sama, beliau mahu peniaga pasar malam di sekitar Taman Gelora turut menjaga kebersihan kawasan terbabit.
Menurutnya, semua sampah sarap hasil penjualan perlu ditempatkan di satu tempat bagi membolehkan kerja pembersihan dilakukan oleh pihak berkaitan.
“Kita nak kawasan ini sentiasa dalam keadaan baik kerana ia menjadi lokasi kunjungan warga Kuantan," katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor