KUALA LUMPUR: Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Diraja Adnan Yaakob berkata
kadar pengangguran di negara ini dapat dikurangkan dengan mengkaji semula dasar
pendidikan negara.
Menurut beliau kajian kurikulum negara adalah bertujuan
mempastikan ia lebih cocok dengan pasaran pekerjaan di negara ini.
“Punca utama semua masalah ini ialah pertambahan jumlah
penduduk. Dahulu, pekerjaan yang mencari siswazah, tetapi kini siswazah perlu
memburu pekerjaan. Masalah ini juga membawa kepada peningkatan kos sara hidup
dan perumahan negara. ,” kata beliau dalam sidang media selepas menyampaikean ucaptama pada
Persidangan Pendidikan Tinggi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) 2017
Beliau berkata, persidangan
bertemakan ‘Meningkatkan Standard Pendidikan di Dunia Islam' itu menjadi
platform bagi semua negara anggota OIC untuk berkongsi idea dan membincangkan
isu berkaitan pendidikan tinggi.
Ia diadakan bersempena Pameran dan Persidangan Muslim World
Biz 2017 dari 18 hingga 21 September.

No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor