Pages

Tuesday, September 5, 2017

KENALI 'KOTA IBLIS' DI CHINA


Kenali 'kota iblis' di China


MOGUICHENG atau Kota Iblis adalah sebuah kota mati yang terletak tidak jauh daripada daerah Xinjiang, China.

Kota ini kelihatan agak misteri kerana ia berada terdapat batuan yang membentuk seperti tiang-tiang menyerupai istana kuno.

Malah ada antara batuan yang dikatakan terbentuk seperti istana lengkap dengan anak tangga.

Terdapat dakwaan ia terhasil daripada ribut pasir yang pernah membadai suatu ketika dahulu, bagaimanapun, dakwaan tersebut tidak dapat dipastikan kesahihannya.


Namun bukan bentuk atau warna batuannya yang menarik pengunjung ke Kota Iblis, sebaliknya apa yang menjadi tarikan pelancong adalah bunyi-bunyi aneh di kawasan tersebut.


Moguicheng atau Kota Iblis adalah sebuah kota mati terletak di daerah Xinjiang, China.


Menurut mereka yang pernah ke Kota Iblis, sekiranya pelancong berkunjung ke Kota Iblis ketika cuaca baik dengan angin bertiup lembut, pengunjung akan mendengar bunyi dentingan ribuan loceng atau alunan indah seolah-olah petikan gitar.

Bagaimanapun semua itu boleh bertukar dalam sekelip mata sebaik sahaja angin kencang melanda kawasan tersebut.

Menurut pengunjung, alunan muzik yang sedang mengalun boleh bertukar kepada bunyi ngauman ngeri, suara jeritan perempuan atau suara tangisan bayi aneh sekiranya angin kuat melanda kawasan tersebut.

Tidak ada sesiapa dapat menjelaskan misteri penghasilan bunyi-bunyian aneh di Kota Iblis.

Apa yang pasti, ia tidak akan menghentikan kota itu daripada menerima kunjungan pengunjung dan pelancong secara berterusan.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor