"Sungai Salan akan dibangunkan sebagai tarikan pelancongan tempatan tidak lama lagi". Demikian dinyatakan oleh YB. Dato' Dr. Ahmad Shukri Ismail, Adun Pulau Tawar dalam satu sidang akhbar sejurus selepas program gotong royong membersihkan sungai sekitar kawasan empangan Sg. Salan dan melepaskan 10 ribu ekor ikan species lampam sungai.
Program anjuran bersama RELA dan Jabatan Perikanan Daerah Jerantut itu turut disertai sukaralewan dan penduduk sekitar Kg. Pulau Tawar.
Menurut Dr. Shukri, empangan Sg. Salan telah dibina oleh pihak British bagi mengairi kawasan sawah di Paya Kangsa, di Kg. Pulau Tawar. Saliran secara 'feed graviti' telah mengairi kawasan paya berkenaan seluas lebih 1000 ekar dan menjadikannya sebagai 'rice bow' bagi Daerah Jerantut ketika pemerintahan British.
Selain empangan dan sejarah berkaitannya semasa zaman British, Sg. Salan juga merupakan destinasi alam sekitar yang menarik. Jauh dihulunya terdapat sebuah air terjun yang tinggi, cantik dan berpotensi untuk dimajukan sebagai destinasi pelancongan alam semula jadi.
Sebelum ini pun, air terjun berkenaan pernah beberapa kali di lawati oleh pelancong-pelancong dari negara Sweden.
Pakej pelancongan selama 3 hari 2 malam mampu dipromosikan semula dan mampu menarik pelancong asing selain pelancong domestik dan ini akan dapat menjana ekonomi penduduk serempat.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor