Seramai 20 Orang Kena Pengawasan (OKP) terlibat dalam Program Orientasi OKP anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Jerantut, di Klinik Daerah Jerantut, minggu lalu.
Ketua Pegawai AADK Jerantut, Mohd Badrillah BmMd Piah berkata, OKP terlibat turut menjalani ujian HIV, Tibi dan Hepatitis bersama pegawai perubatan yang dijemput khas dalam program berkenaan.
“Dalam program itu, kita terangkan syarat-syarat pengawasan yang wajib dipatuhi oleh setiap OKP dan kesan melanggar peraturan yang ditetapkan.
“Sekiranya peraturan dilanggar, OKP boleh dikenakan tindakan termasuk di hantar ke penjara jika sabit kesalahan,” katanya.
Menurutnya, justeru diminta OKP baharu tidak melanggar peraturan sekali gus tidak mengulangi kembali kesilapan dilakukan sebelum ini.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor