Pages

Saturday, September 9, 2017

ISLAM VERSI DAP TIDAK IKUT SYARIAT - PAS




Kuala Lumpur - DAP hanya mahu melaksanakan Islam di negara ini berdasarkan versi sendiri dan tidak mengikut syariat yang sebenar, ujar Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Menurut Khalil, Islam yang akan dilaksanakan oleh DAP akan membelakangkan syariah.

“DAP hanya mahu supaya orang lain mengikut Islam versinya sendiri yang membelakangkan syariah.

“Bahkan DAP juga secara konsisten menentang apa sahaja usaha memperkasakan Islam di negara ini,” beliau dipetik sebagai berkata.

Beliau yang juga anak kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu pada Rabu lalu mengisytiharkan bahawa satu undi kepada Pakatan Harapan (PH) bererti satu undi kepada DAP.

Menurut Muhammad Khalil, DAP dibayangi evangelis Kristian dan bercita-cita menawan untuk mengsekularkan negara ini.

Kenyataan itu muncul selepas gabungan pembangkang baru-baru ini mengisytiharkan PKR tidak lagi boleh berunding dengan PAS berhubung pengagihan kerusi pada pilihan raya umum akan datang.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor