
Shah Alam - Seorang pegawai kotrak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini atas pertuduhan penyalahgunaan kuasa membabitkan nilai RM10,000 tahun lalu.
Hairul Nizan Mhd Idris mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Rozilah Salleh.
Hairul Nizan, 37, sebagai Pegawai Dakwah Gred S41 didakwa telah menggunakan jawatan untuk mengemukakan permohonan dan syor bagi pembekalan oleh syarikat Prisma Jaya Resources berjumlah RM10,000 bagi tujuan Majlis Tilawah Al- Quran peringkat Hulu Langat.
Pemilik syarikat berkenaan adalah merupakan abang kandung tertuduh.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Agama Islam Hulu Langat pada 1 Februari 2016.
Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohamed Heikal Ismail mengemukakan pertuduhan itu mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009.
Peguam, Hamidi Mohd Noh membantah nilai jaminan RM20,000 yang dicadangkan pendakwaan atas alasan anak guamnya bergaji RM3,000.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor