Pemangku
Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan mencemar duli pada acara
Perbarisan Dan Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan 2017.
Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Diraja Adnan Yaakob dan Ahli
Exco Pahang turut serta pada sambutan tahun ini dengan tema Negaraku Sehati
Sejiwa.
Antara acara menarik pada sambutan tahun ini termasuk
persembahan payung terjun pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia dan lintas
langsung dari pesawat Sukhoi TUDM.
Perarakan berjalan kaki disertai 6,566 orang dari 89
kontijen dari pelbagai agensi kerajaan dan NGO.
Sementara perarakan 364 kenderaan disertai oleh 10 kontijen.

No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor