Kerajaan negeri digesa menunaikan janji manifesto dicanangkan iaitu memberikan pendidikan percuma khususnya untuk anak Selangor.
Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, pihaknya akan meneruskan tuntutan terhadap manifesto kerajaan negeri yang jelas gagal menunaikan janji, sekali gus menganiaya penuntut di universiti milik kerajaan negeri itu yang terpaksa menanggung yuran pengajian sehingga RM50,000.
"Saya berani cakap sebab ada tiga anak buah yang belajar di sana dan nak habiskan pengajian ijazah terpaksa bayar hampir RM50,000 sedangkan janji dulu nak bagi pendidikan percuma.
"Kerajaan negeri cukup bangga dengan rizab simpanan yang banyak tapi hanya bagi RM20 juta sahaja untuk sektor pendidikan sedangkan dalam manifesto yang dicanangkan masa pilihan raya nak bagi pendidikan percuma," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media mengenai tuntutan janji kerajaan negeri terhadap anak Selangor di pekarangan Unisel Kampus Bestari Jaya, pagi tadi.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor