Pages

Tuesday, August 8, 2017

KANAK-KANAK PEREMPUAN BERTUKAR JADI LELAKI





Misteri melanda kampung Salinas di Republik Dominican apabila kanak-kanak perempuan di situ akan ditumbuhi alat sulit lelaki ketika mereka mencecah usia baliqh.

Keadaan itu berlaku disebabkan oleh gangguan genetik yang jarang berlaku.

Dianggarkan kira-kira satu daripada 90 kanak-kanak yang dilahirkan di situ akan mengalami perubahan berkenaan apabila mereka mencecah usia 12 tahun.

Disebabkan ia begitu lazim berlaku, keadaan tersebut tidak lagi dianggap sebagai tidak normal malah kanak-kanak yang mengalaminya dirujuk sebagai `guvedoces; iaitu `penis pada 12’.

Salah seorang adalah Johnny yang sebelum ini dilahirkan sebagai perempuan dan dikenali sebagai Felicitia.

Ketika kecil, dia tidak mempunyai alat sulit lelaki dan dibesarkan sebagai perempuan. Kini pada usia 24 tahun, dia secara biological dan fizikal menjadi lelaki, iaitu proses yang bermula ketika dia berusia tujuh tahun.

“Saya ingat lagi masa kecil saya memakai gaun warna merah. Saya dilahirkan di rumah dan mereka tidak tahu apa jantina saya.

“Saya ke sekolah dan memakai skirt. Saya tidak pernah suka pakaian perempuan,’’ katanya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor