Pages

Wednesday, August 2, 2017

HUKUMAN MATI PEROGOL DISIARKAN SECARA "LIVE"





Sana'a – Seorang lelaki Yaman berusia 41 tahun ditembak mati selepas didapati bersalah atas tuduhan merogol dan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun.

Lapor portal Dailymail, suspek dikenali sebagai Mohammed Saad Mujahid al-Maghrabi dihukum dengan ditembak mati menggunakan senapang AK-47 di ibu kota Sana’a, pada Isnin.




Hukuman tembak sampai mati itu malah disaksikan oleh beribu-ribu orang awam yang berkumpul di lokasi yang ditetapkan dan Saad terpaksa dibawa ke tempat itu dengan menggunakan sebuah van perisai.




Menerusi rakaman, Saad ditiarapkan di atas karpet yang diletakkan di atas lantai dengan kedua-dua tangannya yang terikat di belakang badan sebelum seorang askar berdiri di belakangnya melepaskan tembakan.

Hukuman yang dijalankan terhadap Saad itu turut disiarkan secara langsung di televisyen dan orang ramai juga mengambil kesempatan untuk merakam hukuman itu dengan telefon bimbit mereka.





Menurut agensi berita Yaman, Mahkamah Houthi mendapati Saad bersalah bagi tuduhan merogol dan membunuh Rana al-Matan, 3, pada 25 Jun lalu, iaitu pada hari pertama sambutan Aidilfitiri.

Di bawah undang-undang Syariah, individu yang didapati bersalah kerana bunuh akan dihukum dengan hukuman mati dan hanya keluarga mangsa yang boleh meminta hukuman terhadap pesalah dikurang atau dimansuhkan.

Hukuman bunuh di Yaman biasanya dilaksanakan dengan pesalah dipancung namun ini kali pertama ia disiarkan melalui televisyen oleh pemberontak Houthi yang menguasai ibu negara Yaman itu.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor